fb fb fb fb fb

Donnaruma dirompak, diikat bersama pasangan

Foto Media Sosial FB

PARIS, 21 Julai- Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG) dan Itali, Gianluigi Donnarumma telah diikat semasa rompakan bersenjata yang berlaku di rumahnya di Paris, menurut sumber rapat AFP

Donnarumma bagaimanapun telah menerima rawatan di hospital.

Sekumpulan individu dilapor menceroboh rumah Donnarumma di daerah mewah ke-8 di ibu negara kota cinta itu, pada awal pagi Jumaat.

"Dia cedera ringan dan diikat bersama pasangannya," kata sumber yang tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka.

Pencuri itu melarikan diri selepas mencuri barang kemas, jam tangan dan barangan mewah lain yang dianggarkan bernilai €500,000 euro.

Donnarumma dan pasangannya mengaktifkan penggera di sebuah hotel, di sebelah rumah mereka.

Beberapa pemain PSG telah menjadi sasaran rompakan sejak beberapa tahun lalu termasuk Presnel Kimpembe, Marquinhos, Thiago Silva, Angel Di Maria, Dani Alves, Eric Maxim Choupo-Moting, Sergio Rico dan Mauro Icardi.

Empat lelaki telah dikenakan hukuman penjara pada Januari dan Februari tahun ini kerana memecah masuk rumah Marquinhos dan Di Maria pada 2021.

"PSG mempunyai keyakinan terhadap sistem keadilan untuk mencari pesalah secepat mungkin," kata jurucakap PSG sebagai respons terhadap rompakan yang dialami Donnarumma.


(FOTO REUTERS)

Media Baharu