GENEVA, 23 Mei- Pemain tenis nombor enam dunia, Novak Djokovic, menerima kejutan kek hari lahir sempena ulang tahun ke-38 selepas berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan ATP 250 Terbuka Geneva pada Khamis.
Djokovic meraih kemenangan straight set 6-4, 6-4 ke atas pemain Itali, Matteo Arnaldi, yang sebelum ini menewaskannya di Masters Madrid pada April lalu.
Bintang Serbia yang juga juara Grand Slam 24 kali itu akan berdepan pemain pilihan pusingan kelayakan dari Britain, Cameron Norrie, di separuh akhir.
Norrie menempah slot ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan kelima dari Australia, Alexei Popyrin, dengan keputusan 7-6(6), 6-4.- REUTERS