fb fb fb fb fb

Djokovic julang kejuaraan ketujuh tenis Wimbledon

LONDON, 11 Julai- Novak Djokovic meraih gelaran Wimbledon ketujuh dan mahkota Grand Slam ke-21 selepas mencatat kemenangan empat set ke atas Nick Kyrgios.

Pilihan utama Djokovic menang 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk menyamai rekod tujuh gelaran pemain legenda, Pete Sampras di Kelab All England dan hampir menyamai rekod lapan kejuaraan lelaki yang dipegang oleh Roger Federer.

Terdahulu, Djokovic menjadi pilihan untuk sekali lagi menjulamg trofi Wimbledon selepas menang pada 2011, 2014, 2015, 2018, 2019 dan 2021.

Sementara Kyrgios, pula mara ke akhir tanpa perlu memerah keringat pada separuh akhir selepas lawannya, Rafael Nadal menarik diri akibat kecederaan perut.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu kini berkelebihan satu gelaran Slam di hadapan Federer dalam perlumbaan sepanjang zaman dan hanya satu di belakang Rafael Nadal dalam 22 kejuaraan utama.

Djokovic juga merupakan pemain keempat dalam era terbuka yang memenangi empat kejuaraan Wimbledon berturut-turut selepas Federer, Sampras dan Bjorn Borg.- AFP

 


(Djokovic (kanan) dan Kyrgios (kiri) ketika penyampaian hadiah selepas aksi final Tenis Wimbledon yang
menyaksikan pemain Serbia itu muncul juara buat kali ketujuh/AFP)

Media Baharu