fb fb fb fb fb

Crystal Palace benam Liverpool, rangkul Trofi Perisai Komuniti

Foto REUTERS

LONDON, 11 Ogos – Crystal Palace merangkul trofi Perisai Komuniti selepas menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi menarik di Stadium Wembley, pada Ahad.

Pemain gantian, Justin Devenny, memastikan kemenangan Palace apabila menyempurnakan sepakan penentuan, manakala Mohamed Salah, Alexis Mac Allister dan Harvey Elliott gagal menyudahkan penalti untuk Liverpool.

Liverpool terlebih dahulu di depan seawal minit ke-4 menerusi pemain baharu, Hugo Ekitike, namun Palace menyamakan kedudukan pada minit ke-17 selepas Jean-Philippe Mateta menyempurnakan penalti yang dihadiahkan susulan terjahan Virgil van Dijk terhadap Ismaila Sarr.

Pemain baharu, Jeremie Frimpong, mengembalikan kelebihan Liverpool apabila hantarannya lintangnya menerjah masuk ke gawang selepas terkena tiang, pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Palace kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi Sarr yang tenang menewaskan penjaga gol, Alisson Becker, sekali gus mengheret perlawanan pembuka tirai musim itu ke penentuan penalti. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD