LAS VEGAS, 21 Jun- Bintang tinju dunia, Saul "Canelo" Alvarez dan Terence Crawford bertemu secara rasmi ( faced off) buat pertama kali pertama pada Jumaat menjelang pertarungan kejuaraan Super Middleweight yang dijadual berlangsung 13 September di Las Vegas.
Pertarungan berprofil tinggi itu akan disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman Netflix.
Crawford, 37, hadir dengan rekod sempurna 41 kemenangan daripada 41 pertarungan, termasuk 31 knockout.
Namun, petinju dari Nebraska itu bakal berdepan cabaran sukar apabila naik dua divisyen berat untuk mencabar ikon tinju Mexico itu.
Sementara itu, Canelo yang bakal menyambut ulang tahun ke-35 pada bulan depan, membawa rekod profesional mengagumkan 63 kemenangan, dua kekalahan dan dua seri, serta bersedia mempertahankan gelaran Super Middleweight miliknya.
Pertemuan itu dijangka menjadi antara pertarungan paling dinanti tahun ini, dengan kedua-dua juara dunia membawa reputasi tinggi dan rekod cemerlang dalam gelanggang.-REUTERS