fb fb fb fb fb

COVID-19: Pemain badminton kebangsaan, M Thinaah disahkan positif

SHAH ALAM, 15 Februari - Pasukan Badminton negara berdepan tugas sukar di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 apabila pemain beregu utama, M Thinaah didapati positif COVID-19.

Keputusan ujian saringan itu diperoleh dua jam sebelum aksi pertama bermula.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi kenyataannya berkata, pemain berusia 24 tahun itu tidak bergejala perlu menjalani kuarantin mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

FOTO FACEBOOK BAMĀ 

"Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur BATC, kontak rapat kepada Thinaah iaitu Pearly Tan (gandingannya) wajib menjalani ujian RT-PCR (Polimerase-Transkripsi Terbalik). Namun, keputusan ujian adalah negatif.

"Persatuan mendoakan agar Thinaah segera pulih," kata kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi BAM itu.

Rakannya, Pearly Tan yang juga kontak rapat disahkan negatif jangkitan berdasarkan ujian RT-PCR.

Media Baharu