fb fb fb fb fb

AFF B-23: Myanmar tarik diri, aksi menentang Malaysia dibatalkan

KUALA LUMPUR, 15 Februari - Perlawanan pertama Kumpulan B melibatkan pasukan kebangsaan menentang Myanmar pada 5 petang tadi terpaksa dibatalkan.

Presiden AFF, Mejar Gen Khiev Sameth berkata, ia susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan pemain kendaliannya.

"Dukacitanya dimaklumkan pasukan Myanmar terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan B-23 AFF 2022.

"Kami memahami pasukan sememangnya bersemangat untuk memulakan kempen dan penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan pasukan masing-masing.

"Namun atas dasar kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terbabit, kami faham keputusan yang terpaksa diambil.

"Kami mendoakan mereka yang dijangkiti dapat sembuh dengan segera," kata Khiev Sameth.

Pembatalan turut dibuat sebagai langkah pencegahan penularan wabak sepanjang kejohanan berlangsung.

Dalam pada itu, Persekutuan Bola Sepak ASEAN telah dimaklumkan mengenai hasrat Myanmar untuk tarik diri daripada Kejohanan tersebut.

Menurut penganjur, jadual perlawanan akan disusun semula dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Media Baharu