fb fb fb fb fb

CONCACAF: AS iringi Jamaica ke separuh akhir

(FOTO AFP)

MIAMI, 10 Julai -Amerika Syarikat, AS mara ke separuh akhir selepas menewaskan Kanada 3-2 pada penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

Pasukan 'Uncle Sam' itu bakal berdepan Panama pada Rabu di Las Vegas, manakala Jamaica bertemu Mexico pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan masing-masing.

Kedudukan separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, kedudukan tidak berubah sehingga minit ke-88 apabila pemain gantian AS, Brandon Vazquez menanduk masuk hantaran lintang DeJuan Jones.

Ketika perlawanan seolah-olah berpihak kepada AS, Kanada dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan AS, M. Robinson dalam kotak penalti.

Penyerang Kanada, Steven Vitoria tenang menyempurnakan penalti bagi menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-93.

Perlawanan dilanjutkan kepada masa tambahan dengan kedua-dua pasukan berusaha menambah jaringan.

Jacob Shaffleburg menjaringkan gol kedua buat Kanada pada minit ke-109 perlawanan sebelum AS bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri oleh pemain Kanada, Scott Kennedy pada minit ke-114.

Perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti yang dimenangi oleh AS dengan jaringan 3-2.

Ketua jurulatih AS, B.J. Callaghan memuji semangat juang anak-anak buahnya yang bangkit selepas ketinggalan.

"Perlawanan ini sangat bagus bagi melihat karekter para pemain.

"Mereka berjaya membuktikannya menerusi perlawanan hari ini", kata Callaghan kepada Fox Sports.

Ini merupakan kali ketujuh buat pasukan AS mara ke separuh akhir.

Sebelum ini AS telah memenangi kejuaraan Piala Emas CONCACAF sebanyak enam kali iaitu pada 1991, 2002,2005,2007,2013,2019, dan 2021.


(FOTO AFP)

Media Baharu