ROME, 11 Mei- Kelab bola sepak Como kembali ke kancah Serie A buat kali pertama sejak 2003 dengan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Cosenza pada Jumaat sekali gus menjadi naib juara divisyen kedua Itali.
Skuad kendalian Osian Roberts itu kan akan menyertai liga teratas musim depan bersama juara Serie B Parma, yang terlebih dahulu memastikan kenaikan pangkat mereka pada awal bulan ini.
Como mengalami banyak masalah terutama daripada segi kewangan dan tersingkir daripada Serie A lebih kurang dua dekad lalu.
Kelab dari Lombardy itu membariskan Cesc Fabregas dan Thierry Henry sebagai pemegang saham minoriti, dengan bekas pemain tengah Chelsea, Dennis Wise sebagai ahli lembaga pengarah.
Como hanya kembali ke bola sepak profesional dengan kenaikan pangkat mereka ke Serie C pada 2019. Tetapi, dibiayai oleh gergasi tembakau Indonesia Djarum.
Kelab ketiga yang dinaikkan pangkat ke liga utama akan diputuskan melalui perlawanan play-off yang menampilkan pasukan-pasukan yang menduduki tempat ketiga dan kelapan, termasuk Venezia dan Sampdoria.-AFP