fb fb fb fb fb

La Liga: Girona telepas peluang kukuhkan kedudukan

Foto AFP

MADRID, 11 Mei -Girona terlepas peluang bagi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga selepas hanya mampu seri 2-2 ketika menentang Alaves.

Kedudukan seri itu bakal memberi kelebihan kepada Barcelona yanga akan bertemu Real Sociedad pada Isnin.

Pada perlawanan tersebut, Girona yang bermain sebagai pasukan pelawat berjaya membuka jaringan menerusi tandukan Eric Garcia pada minit ke-4 sebelum pasukan tuan rumah, Alaves menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak dekat Guridi pada minit ke-12.

Meskipun, Alaves tampak berbahaya melalui serangan demi serangan yang dilancarkan ke kubu Girona, pasukan bimbingan Michel itu berjaya menjarakkan diri melalui gol kedua sebelum rehat menerusi Yangel Herrera yang merembat kencang ke penjuru kanan gawang gol Alaves bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Pasukan bimbingan Michel cuba mempertahankan kelebihan satu gol tersebut, namun hampa selepas Guridi sekali lagi menyamakan kedudukan buat Alaves pada minit-minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan akhir 2-2.

Kedudukan tersebut meletakkan Girona berada di tangga kedua dengan 75 mata iaitu dua mata mengatasi Barcelona.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD