fb fb fb fb fb

Cole Palmer bantu Chelsea julang Piala Dunia Kelab

Chelsea julang kejuaraan Piala Dunia Kelab 2025 - Foto AFP

NEW JERSEY, 13 Julai – Cole Palmer menampilkan persembahan memukau ketika membantu Chelsea membenam Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 untuk menjuarai Piala Dunia Kelab yang berlangsung di Stadium MetLife, di sini awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan England itu meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam aksi dominan The Blues ke atas PSG yang juga juara Eropah dan Perancis.

1407 SKN CWC CHELSEA CHAMP 1Piala kejuaraan disampaikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump - Foto AFP

Chelsea membuka tirai jaringan pada minit ke-22 selepas pertahanan PSG, Nuno Mendes, melakukan kesilapan yang memberikan bola kepada Malo Gusto.

Palmer kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-30 dengan satu gol berkualiti tinggi.

Tidak cukup dengan dua gol, Palmer turut mencipta gerakan untuk gol ketiga Chelsea.

1407 SKN CWC CHELSEA CHAMP 3Cold Palmer menjadi watak utama kemenangan Chelsea - Foto AFP

Kali ini, beliau berjaya menghantar bola kepada Joao Pedro yang meloloskan diri dari perangkap ofsaid dan menjaringkan gol pada minit ke-43.

PSG cuba bangkit di babak kedua, namun derita mereka ditambah apabila Joao Neves dilayangkan kad merah pada minit ke-83 selepas menarik rambut pemain Chelsea, Marc Cucurella.

Kejayaan ini menandakan permulaan cemerlang buat Chelsea dalam era baharu kejohanan Piala Dunia Kelab yang telah ditambah baik formatnya. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK