fb fb fb fb fb

China pertahan kejuaraan Piala Sudirman 2025

Ahli pasukan China meraikan kemenangan rakan sepasukan mereka dalam perlawanan akhir bergu wanita Piala Sudirman.

Xiamen, 4 Mei – China mempertahankan kejuaraan Piala Sudirman 2025 dengan menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Fenghuang.

Ini merupakan kejuaraan ke-14 buat China dalam sejarah Piala Sudirman, sekali gus memperkukuh dominasi mereka dalam kejohanan beregu campuran berprestij ini.

Perlawanan akhir dimulakan dengan aksi mendebarkan dalam acara beregu campuran.

Pasangan Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping memberikan mata pertama kepada China selepas menewaskan Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung dengan keputusan 21-16, 17-21, 21-15.

Korea Selatan bangkit menerusi perseorangan wanita apabila An Se-young menewaskan Wang Zhi Yi dengan 21-17,21-16

Shi Yuqi mengembalikan kelebihan kepada China dengan kemenangan ke atas Jeon Hyeok Jin dalam perseorangan lelaki.

Gandingan Liu Sheng Shu dan Tan Ning memastikan kemenangan buat China selepas menewaskan Baek Ha-na dan Lee So-hee, sekali gus mengesahkan kejayaan 3-1 buat juara bertahan itu.

Dengan kemenangan ini, China telah memenangi 14 daripada 19 edisi Piala Sudirman sejak ia diperkenalkan pada tahun 1989.

Kejayaan ini juga menandakan kejuaraan keempat berturut-turut bagi China dalam kejohanan ini.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI