fb fb fb fb fb

Cheng Hoe terapkan permainan moden untuk The Red Giants

SHAH ALAM, 29 September- Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu menerapkan falsafah permainan moden bagi mengembalikan semula imej dan reputasi The Red Giants yang tercalar sebelum ini.

Bagaimanapun, Cheng Hoe mengakui ia bukan tugas yang mudah dan berharap semua pemain Selangor dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan tersebut secepat mungkin.

"Dalam masa terdekat, bukan mudah untuk pemain terapkan suasana permainan tersebut.

Tetapi dari segi latihan dan komitmen yang ditunjukkan, saya nampak hari kedua pemain-pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi," katanya.

(Tan Cheng Hoe, Ketua jurulatih Selangor FC)

Bekas pengendali Harimau Malaya itu turut menjelaskan, Selangor memiliki ramai pemain muda yang berbakat dan berpotensi digilap menjadi pemain berkualiti pada masa hadapan.

Sasarannya ketika ini adalah membawa juara Piala Malaysia 33 kali itu beraksi dalam kempen Piala AFC.

Media Baharu