(Jurulatih JDT, Hector Pablo Bidoglio (dua kiri) dan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe (dua kanan)
memperagakan trofi Piala Malaysia bersama ketua pasukan Selangor, Shahrul Nazem
(kanan sekali) dan ketua pasukan JDT, Farizal Marlias)
KUALA LUMPUR, 25 November- Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak gusar dengan ketiadaan tonggak pertahanan utamanya, Yazan Al-Arab yang digantung perlawanan.
Selaku jurulatih yang berjaya membimbing pasukan sehingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia, ujarnya barisan pemain yang bakal diturunkan perlu kekal berdisiplin dan mengelak melakukan kesilapan mudah.
Mana-mana jurulatih sudah pasti mengimpikan 'happy ending' dengan menjulang trofi kebanggaan terbabit, tidak terkecuali Cheng Hoe.
Namun bekas pengendali kebangsaan itu menegaskan misi melakar kejayaan itu harus disulam berdasarkan kemampuan pasukannnya itu.
"Semenangnya, kalau kita tengok rantaian jentera serangan Johor Darul Ta'zim JDT memang cukup tajam, cukup berbahaya.
"Saya beritahu pada para pemain saya yang penting jangan cepat hilang bola, kawalan bola, 'ball position' juga cukup penting untuk mengawal tempoh tersebut dan menguasai perlawanan," katanya..
Tetao optimis, Cheng Hoe t yakin anak buahnya dapat memberikan persembahan terbaik berdepan (JDT) pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
"Mana-mana jurulatih terbaik pun tidak boleh beri jaminan (menang) di final tetapi impian jurulatih di final sudah pastilah mahu menjadi juara
"Kita lihat bukan mudah untuk membawa pasukan berada pada tahap terbaik dalam masa singkat. Kita jangka aksi yang sengit dan saingan cukup hebat malam esok.
"Kita pun mahu capai impian tetapi kita nampak Selangor tidak berada pada tahap terbaik sepanjang musim ini dan final ini satu pencapaian yang besar.
"Kalau mendapat kejuaraan, itu adalah bonus yang cukup besar. Jadi saya harap pemain dapat fokus dan saya percaya mereka mampu memberikan persembahan terbaik," katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
(Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe)
Bagi pemain pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar, dia berharap pasukannya tidak hilang fokus dalam misi memburu gelaran juara ke-34.
"Kami layak ke pentas akhir dan saya rasa bukan mudah untuk kami melangkah sejauh ini.
"Laluan kami bukan mudah, jadi Insya-Allah kami akan buat yang terbaik untuk perlawanan akhir nanti," katanya.
Kali terakhir Selangor muncul juara Piala Malaysia ialah pada musim 2015, sebelum gagal mempertahankan gelaran apabila tewas kepada Kedah di final musim berikutnya.