fb fb fb fb fb

Chelsea pinjam Joao Felix dari Atletico Madrid

(FOTO AFP)

LONDON, 11 Januari-Chelsea dilaporkan telah mencapai persetujuan secara lisan dengan Atletico Madrid ke atas perancang, Joao Felix menerusi kotrak pinjaman.

Felix menjadi antara pemain yang menjadi sasaran Graham Potter dalam misi memperbaki rekod buruk pasukannya dalam kempen musim ini.

Laporan media menyebut perjanjian pinjaman itu bernilai 11 juta euro dengan kontrak sehingga Jun 2023.

Gaji Felix pula akan dibayar secara penuh oleh Chelsea.

Perancang Portugal itu bagaimanapun akan menyambung kontrak bersama kelab asalnya, Atletico sehingga 2027 bagi menghalang Chelsea mendapatkannya secara kekal.

Dia yang kini berusia 24 tahun, akan terbang ke London dalam masa terdekat bagi mejalani ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak pinjaman.

Chelsea kini berada di tangga ke-10 liga dan bergelut untuk melayakkan diri ke Liga Eropah susulan prestasi tidak menentu yang dipamerkan oleh pasukan itu musim ini.


(Pasukan Chelsea bergelut di tangga ke-10 liga Perdana Inggeris / FOTO AFP)

Media Baharu