fb fb fb fb fb

Chelsea cerahkan harapan ke Liga Juara Eropah musim depan

Aksi para pemain Chelsea ketika meraikan gol tunggal menentang Manchester United / Foto AFP

LONDON, 17 Mei-Chelsea mencerahkan peluang untuk layak ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menewaskan Manchester United 1-0 hasil jaringan tunggal Marc Cucurella.

Pada perlawanan yang berlangsung di laman sendiri itu, Cucurella berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-71 selepas menerima umpanan ketua pasukan, Recce James.

Keputusan itu melonjakkan Chelsea ke tangga keempat Liga Perdana, mengatasi Aston Villa yang menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 sebelum itu.

Kedua-dua pasukan hanya tinggal satu perlawanan sahaja sebelum musim berakhir.

Sementara itu, ketua pasukan Chelsea, Recce James berkata kemenangan berkenaan mengukuhkan kedudukan pasukan yang menyasarkan untuk layak ke Liga Juara Eropah musim depan.

“Liga Juara Eropah adalah tempat yang selayaknya untuk kelab ini untuk bersaing dalam kejohanan terbaik,” kata James.

Lima pasukan teratas liga akan layak ke Liga Juara-Juara, yang menjadi sasaran utama Chelsea sejak Enzo Maresca mengambil alih sebagai ketua jurulatih pada awal musim ini.

Dalam pada itu. Manchester United terperosok di tangga ke-16 liga dan bakal berdepan Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Liga Europa Rabu depan.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD