fb fb fb fb fb

Chelsea, Spurs akan beraksi dalam saingan pramusim di Sydney

Spurs dan The Blues akan beraksi pada 1 Ogos tahun depan di Olympic Stadium / AFP

SYDNEY, 8 Disember - Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Tottenham Hotspur akan bertemu buat kali pertama di luar England apabila dijadual beraksi dalam jelajah pramusim di Sydney tahun depan.

Spurs dan The Blues akan beraksi pada 1 Ogos tahun depan di Olympic Stadium.

Dua kelab tersebut juga telah mengesahkan aksi untuk saingan Piala Super Sydney dengan Chelsea akan bertemu kelab A-League, Western Sydney Wanderers manakala Spurs akan menentang Sydney FC.

"Kami telah mendengar keinginan penyokong Tottenham Hotspur di Australia dan kami juga tidak sabar untuk bertemu mereka.

"Kelab turut berbangga dapat menyertai aksi di Sydney," kata Pengurus Spurs, Thomas Frank.

Sementara itu, Chelsea bakal membawa skuad wanita mereka untuk aksi menentang kelab A-League All-Stars wanita pada 12 Ogos 2026.

"Aksi Sydney Super Cup 2026 akan menjadi perlawanan yang amat menarik.

"Ini juga peluang terbaik untuk pemain kami memperoleh pengalaman berguna menentang pemain bertaraf antarabangsa," kata Ketua A-League, Stephen Conroy. - AFP

ZAZALI JAMIAN