fb fb fb fb fb

Catur: Poh Yu Tian miliki prospek tinggi

KUALA LUMPUR, 13 September- Persekutuan Catur Malaysia (MCF) berpuas hati dengan prestasi prospek negara, Poh Yu Tian yang berjaya menamatkan kejohanan Festival Catur Malaysia 2022 di tempat keempat.

Lebih membanggakan, pemain berstatus Fide Master (FM) itu berjaya menamatkan saingan di depan pemain berstatus lebih tinggi, iaitu Grand Master (GM).

Presiden, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi berkata pemain berpotensi tinggi berusia 14 tahun itu, kini berada di landasan tepat memburu gelaran GM.

"Mereka akan dimajukan bukan dalam tempoh yang singkat, tapi ikut jangka masa bertahun-tahun.

"Cuma rezeki beliau baik sikit kerana akhir tahun ini banyak kejohanan kualiti tinggi yang beliau boleh sertai.

"Dan tahun depan kita juga ada pertandingan peringkat antarabangsa yang menarik, macam Sea Games tahun depan ada juga," katanya.

(Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Festival Catur Malaysia edisi ke-17, di sini.

Yu Tian mengakhiri saingan kategori terbuka Dato' Arthur Tan 2022 di belakang pemain Indonesia dan dua pemain India.

Beliau sebelum ini mencipta sensasi mendapat gelaran FM pada Kejohanan Catur Berpasukan Olympiad Dunia di Chennai, India.

Media Baharu