fb fb fb fb fb

Bundesliga :Leverkusen lebar rekod kemenangan kepada 33 perlawanan

Pemain Bayer Leverkusen raikan kemenangan menentang Mainz / Foto Reuters

LEVERKUSEN, 24 Februari - Rembatan jarak jauh oleh Robert Andrich meletakkan pendahulu liga, Bayer Leverkusen menewaskan Mainz, 2-1 sekali gus membolehkan kelab berkenaan melakarkan rekod kemenangan kepada 33 perlawanan.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di laman sendiri itu, Bayer Leverkusen membuka tirai jaringan pada minit ke-3 perlawanan menerusi rembatan menarik oleh Granit Xhaka.

Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Mainz menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi tandukan Dominik Kohr bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Robert Andrich menjadi wira Leverkusen apabila menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-68.

Sementara itu, Robert Andrich yang ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui bahawa Leverkusen tidak mempamerkan permainan seperti kebiasaan dan menganggap pasukan itu bergantung kepada faktor nasib semata-mata.

"Kami tidak cukup sabar dan tajam di depan gol.

"Kami membuat terlalu banyak kesilapan dalam perlawanan ini", kata Aldrich kepada pemberita DAZN.

Bayer Leverkusen kini mengutip 61 mata meninggalkan Bayern Munich di tangga kedua yang mengutip 50 mata dan bakal berdepan RB Leipzig pada Sabtu.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD