fb fb fb fb fb

Brendan Gan, Selangor FC berpisah

BRENDAN GAN

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Kelab bola sepak Selangor FC mengesahkan pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan meninggalkan Gergasi Merah selepas empat musim bersama.

Selangor FC, dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Brendan atas sikap kepimpinan beliau membimbing pasukan serta segala usaha kerasnya dalam mempamerkan aksi cemerlang untuk kelan bagi setiap perlawanan.

Pemain kacukan Malaysia-Australia itu mula menyertai Gergasi Merah pada Disember 2019 dari Perak FC.

“Menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan, Brendan merupakan individu yang sentiasa membawa aura positif dan watak pantang menyerah kalah yang diperlukan dalam sesebuah pasukan.

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Gan untuk perancangan masa hadapannya. Semoga kita bertemu lagi. Once a Red, #foreverRED,” menurut kenyataan tersebut.

Sepanjang khidmatnya bersama Selangor FC, pemain berusia 35 tahun itu telah membuat sebanyak 80 penampilan dengan 75 daripadanya beliau diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjadi ketua pasukan hampir dalam kesemua perlawanan bersama mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE