fb fb fb fb fb

PM Anwar ucap tahniah kepada skuad hoki 5 sebelah

Skuad negara terpaksa akur untuk muncul selaku naib juar selepas tewas 2-5 di tangan pasukan gergasi Eropah, Belanda awal pagi tadi/FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara yang memperoleh naib juara pada aksi final Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman awal pagi tadi.

"Tahniah kepada pasukan hoki 5 sebelah negara yang menjadi naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah lelaki di Muscat, Oman.

"Terus pamerkan kesungguhan dan aksi luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya.

Skuad negara terpaksa akur untuk muncul selaku naib juar selepas tewas 2-5 di tangan pasukan gergasi Eropah, Belanda pada aksi final kejohanan itu.

Terdahulu, ketua jurulatih skuad Hoki 5 sebelah lelaki kebangsaan, Wallace Tan menyifatkan kejayaan pencapaian tertinggi bagi sukan hoki Malaysia.

Malaysia memulakan kempen peringkat Kumpulan D dengan keputusan seri 3-3 bersama tuan rumah, Oman sebelum mencatat dua kemenangan masing-masing mengatasi Amerika Syarikat 3-2 dan Fiji 8-3 bagi mengesahkan slot ke suku akhir.

Skuad kebangsaan yang bergelar naib juara Kumpulan D kemudian menumpaskan juara Kumpulan C Trinidad dan Tobago 5-4 di peringkat suku akhir sebelum mengesahkan kemaraan ke final dengan mengatasi Poland 4-3 pada aksi separuh akhir.

 

 

 

GRACE AISYAH KEDAYAN