BRASILIA, 6 Januari - Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) memecat jurulatih skuad kebangsaan, Fernando Diniz pada Jumaat.
Keputusan itu dipercayai ekoran keputusan yang mengecewakan yang dicapai skuad "Selecao" pada pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.
Para penyokong sebelum ini berharap pelantikan Diniz yang juga jurulatih kelab Fluminense akan mengembalikan semula permainan bola sepak Samba yang menjadi identiti permainan juara Piala Dunia sebanyak lima kali itu.
Namun, sejak mengambil alih pasukan Brazil, Diniz dilihat bergelut dengan tugasan berkenaan menyaksikan pasukan tersebut kini berada di tangga keenam dalam kumpulan kelayakan Amerika Selatan.
Diniz dinamakan sebagai pengurus baharu Brazil dengan kontrak satu tahun menggantikan Ramon Menezes, bekas jurulatih Bawah 20 tahun Brazil selepas Brazil tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2022.-AFP