fb fb fb fb fb

Bonnie Bunyau tamatkan zaman bujang

Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin merakamkan kenangan indah bersama isterinya/Foto Facebook Bonnie

KUCHING, 18 Oktober – Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, 26, menamatkan zaman bujang selepas selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya semalam.

Juara dunia powerlifting empat kali berturut-turut itu berkongsi berita perkahwinannya menerusi laman Facebook miliknya, lengkap dengan beberapa keping foto mengenakan busana perkahwinan.

"Tuhan tidak hanya memberi saya seseorang untuk dicintai. Dia memberi saya seseorang untuk membesar, berdoa dan berjalan bersama-sama," menurut hantaran Bonnie di Facebook semalam.

Perkongsian tersebut segera dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlet dan peminat sukan tanah air termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Antara atlet yang turut menitipkan ucapan ialah Datuk Pandelela Rinong, Ziyad Zolkefli dan Cheah Liek Hou, yang masing-masing mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Bonnie, yang berasal dari Sarawak, sebelum ini mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas di temasya Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting kategori 72kg.

GRACE AISYAH KEDAYAN