fb fb fb fb fb

Bologna mara ke akhir Piala Super Itali selepas tewaskan Inter

Foto Reuters

RIYADH, 20 Disember - Bologna mara ke akhir Piala Super Itali selepas menewaskan Inter Milan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti susulan keputusan seri 1-1 dalam masa permainan sebenar, pada Jumaat.


Aksi penentuan penalti menyaksikan beberapa percubaan gagal disempurnakan sebelum Ciro Immobile menjaringkan sepakan penentu untuk mengesahkan kemenangan Bologna.

Inter bermula garang di Stadium Universiti King Saud apabila membuka jaringan seawal minit kedua menerusi Marcus Thuram selepas menyempurnakan hantaran Alessandro Bastoni.

Bagaimanapun, Bologna menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Riccardo Orsolini selepas bola terkena tangan pertahanan Inter, Yann Bisseck.

Tiada jaringan tambahan terhasil sehingga perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, dengan Ciro Immobile muncul penjaring sepakan penentu untuk membawa Bologna ke final.

Bologna dijadual menentang Napoli pada Isnin selepas juara Itali itu meraih kemenangan 2-0 ke atas AC Milan pada Khamis.-Reuters

AZRUL FAIZAL JUSOH