fb fb fb fb fb

Bintang Sepanyol, David Silva bersara

(FOTO AFP)

MADRID, 28 Julai - Bekas bintang Manchester City, David Silva mengumumkan persaraannya daripada bola sepak susulan kecederaan lutut yang dialaminya.

Pemain tengah Sepanyol berusia 37 tahun itu menyertai Manchester City selama 10 tahun selepas dibawa daripada kelab Valencia pada 2010.

Silva bermain sebanyak 400 perlawanan buat ‘The Citizen’ dan memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pada 2020, Silva meninggalkan Manchester City dan kembali ke La Liga dengan menyertai Real Sociedad.

Namun, kecederaan lutut yang dialami Silva ketika perlawanan pramusim bersama Real Sociedad memaksanya untuk bersara.

(FOTO AFP)

Silva dalam kenyataan di media sosial berkata keputusan untuk bersara merupakan sesuatu yang sukar dan terpaksa dilakukannya.

“Hari ini merupakan hari yang paling sedih dalam hidup saya. Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada perkara yang telah saya abadikan seluruh jiwa.

“Tiba masa untuk ucap selamat tinggal kepada rakan-rakan yang telah saya anggap sebagai ahli keluarga," kata Silva.

Rakan sepasukan dan para peminat turut berkongsi ucapan memberi sokongan dan melahirkan penghargaan kepada bekas pemain Sepanyol berkenaan.

Sepanjang karier selama 20 tahun, Silva Berjaya membantu Manchester City memenangi memenangi dua Piala FA dan lima Piala Liga.

Selain itu, Silva turut membantu Sepanyol meraih Piala Dunia 2010 dan dua kejuaraan Euro sebelum bersara daripada skuad tersebut pada 2018.-AFP

Media Baharu