fb fb fb fb fb

Bekas Pengurus Chelsea, Villas-Boas dipilih sebagai Presiden baharu FC Porto

Bekas pengendali Chelsea, Andre Villa-Boas dipilih sebagai Presiden baharu FC Porto / Foto AFP

LISBON, 28 April- Bekas pengendali Chelsea dan Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas telah dipilih sebagai Presiden kelab gergasi Portugal, FC Porto.

Kejayaan itu sekali gus mengakhiri era pentadbiran selama 42 tahun Jorge Nuno Pinto da Costa.

Villas-Boas, 46 tahun memperolehi sebanyak 21,489 undian, manakala pesaingnya, Costa hanya berjaya memperolehi 5,224 undi. Costa sebelum ini memenangi pemilihan Presiden sebanyak 15 kali.

Villa-Boas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FC Porto menganggap kemenangannya sebagai sesuatu yang bersejarah buat dirinya dan kelab berkenaan.

"Malam yang sangat bersejarah. FC Porto masih lagi bernyawa dan berjaya membuktikan kekuatannya sehingga hari ini", kata Villa-Boas.

Villa-Boas bukan nama yang asing buat peminat FC Porto apabila menghabiskan sebahagian besar kariernya di kelab berkenaan dengan kejayaan gemilang.

Pada usia 33 tahun, Villa-Boas berjaya membimbing kelab berkenaan menjuarai kejuaraan trebel musim 2010/2011 dengan memenangi Liga Portugal dengan rekod tanpa kalah.

Musim itu juga menyaksikan FC Porto berjaya menjuarai Piala Portugis dan Liga Eropah.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD