fb fb fb fb fb

Bekas pemain kebangsaan puji disiplin dan mentaliti skuad Harimau Malaya

Foto arkib/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin memuji disiplin dan mentaliti skuad Harimau Malaya meskipun berdepan pelbagai isu di luar padang.

Ini terbukti dengan kejayaan Skuad kendalian Peter Cklamovski membelasah Laos 5-1 pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara menerajui Kumpulan F dengan 12 mata hasil empat kemenangan berturut-turut.

"bagi saya itu perkara yang cukup baik untuk negara kita dan kemenangan ini untuk kita sebagai semua pemain-pemain yang beraksi cukup baik pada malam itu dan saya berharap semua pemain kebangsaan contohnya menunjukan satu prestasi yang baik untuk melangkah lebih jauh untuk pasukan negara " Katanya.

Beliau optimis, momentum positif ini akan berkekalan menjelang perlawanan menentang Nepal pada 18 November ini dan Vietnam pada 31 Mac 2026.

"ini merupakan satu landasan yang tepat dengan beberapa perkara yang berlaku dan pemain-pemain fokus untuk game yang akan datang itu yang kita nak sebenarnya, bagi saya untuk pemain-pemain yang ada cukup bagus apabila mereka terlalu terikut benda-benda yang boleh merosakan pretasi seperti apa yang berlaku dan saya rasa mereka telah menunujukan sesuatu yang terbaik dan ini menjadi sesuatu contoh kepada pemain yang akan datang supaya mengikuti pemain-pemain yang ada sekarang " Katanya.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI