JOHOR BAHRU, 16 Oktober - Naib juara edisi lalu, Australia mengekalkan rekod tanpa kalah untuk mengungguli carta Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2025.
Selepas mengharungi empat perlawanan Skuad The Burras mencatat 10 mata berjaya mengesahkan tempat ke pentas akhir.
Skuad India menjadi mangsa ketiga skuad kendalian Jay Stacy setelah mengatasi pasukan itu 4-2 dalam aksi keempat di Johor Bahru pada Rabu.
Sebelum ini Australia telah menang ke atas New Zealand 4-0 pada aksi pertama, seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah, Malaysia dan menewaskan Great Britain 2-0 pada Selasa.
Biarpun tewas, India tetap berpuas hati apabila menghuni tempat kedua dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri, diikuti Great Britain di kedudukan ketiga (enam mata).
Pakistan dan Malaysia pula berkongsi empat mata, masing-masing berada di tangga keempat dan lima, manakala New Zealand tercorot dengan tiga mata.
Kejohanan dijadualkan berehat pada Khamis sebelum menyambung semula saingan pada Jumaat.
India akan berdepan Malaysia pada jam 4.05 petang, manakala Australia bakal berentap dengan Pakistan pada jam 8.35 malam.
Dua pasukan terbaik kejohanan bakal berentap di pentas akhir pada Sabtu untuk memburu gelaran juara
