fb fb fb fb fb

Bekas pemain Everton sertai barisan kejurulatihan Harimau Malaya

Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan, Peter Cklamovski (kanan) - Foto Bernama

KELANA JAYA, 15 Mei- Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengumumkan penyertaan bekas pemain Everton, Jose Baxter ke dalam struktur kejurulatihan kebangsaan.

Sekali gus mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mark Milligan.

Baxter akan menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya bawah 23 tahun (B-23), di bawah bimbingan Nafuzi Zain, sambil turut memikul tanggungjawab bersama skuad senior negara.

Menurut Cklamovski, pelantikan itu sebenarnya telah lama dirancang.

"Beliau telah berada dalam sistem kejurulatihan pasukan kebangsaan sejak sekian lama dan kini kami telah melantiknya sebagai penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun, membantu Nafuzi.

"Pelantikan ini dibuat bagi menyokong Nafuzi dalam menerapkan falsafah serta DNA pasukan ke dalam program bawah 23 tahun.

"Kami memandang ke hadapan dan melihat ini sebagai peluang untuk Jose menyertai pasukan utama", katanya.

Menurut Cklamovski lagi, dengan latar belakang dan pengalaman yang dimiliki, Baxter diharapkan mampu menjadi penghubung antara generasi pemain muda dan skuad senior.

Sekali gus memperkukuh kesinambungan gaya permainan di semua peringkat pasukan kebangsaan.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello