fb fb fb fb fb

Beijing 2022, Aruwin sekadar di kedudukan ke-38

 


BEIJING, 7 Februari- Atlet tunggal wanita negara, Aruwin Salehhuddin menamatkan saingan acara Giant Slalom di kedudukan ke-38 daripada 60 peserta yang beraksi di pusingan kedua atau Run 2, Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, petang tadi.

Pada pusingan berkenaan yang berlangsung di Pusat Ski Alpine Kebangsaan Yanqing, Aruwin mencatat masa 1 minit 6.15 saat.

Catatan tersebut kurang 0.02 saat berbanding pusingan pertama pagi tadi untuk melakar masa keseluruhan 2 minit 12.28 saat

Atlet Sweden, Sara Hector meraih pingat emas selepas mencatat masa terpantas keseluruhan 1 minit 55.69 saat.

Pingat perak menjadi milik wakil Itali, Federica Brignone manakala Lara Gut-Behrami dari Switzerland meraih gangsa.

Media Baharu