fb fb fb fb fb

Beckham & Neville sertai kumpulan pemilik baharu Salford City

FOTO HIASAN

LONDON, 8 Mei– Bekas bintang Manchester United, David Beckham dan Gary Neville kini merupakan sebahagian daripada kumpulan pemilik baharu kelab bola sepak divisyen keempat England, Salford City.

Menurut kenyataan rasmi kelab itu pada Khamis, dua legenda United tersebut menyertai konsortium bersama dua individu berprofil tinggi: usahawan berpangkalan di Amerika Syarikat, Declan Kelly, dan Mervyn Davies, bekas pegawai bank yang pernah berkhidmat sebagai menteri dalam kerajaan Parti Buruh pimpinan Gordon Brown pada 2009 hingga 2010.

Salford, yang terletak dalam kawasan Greater Manchester dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari Old Trafford, kini menerima suntikan semangat baharu. Neville, yang kini juga terkenal sebagai pengulas bola sepak televisyen, berkata: “Saya sangat bersemangat dengan Salford City. Ini satu perkongsian unik, gabungan pelbagai latar belakang dan kepakaran, dipacu oleh cinta terhadap bola sepak.

“Bola sepak tetap keutamaan, tetapi penting juga untuk memastikan kelab ini mampan dalam tempoh empat ke lima tahun akan datang. Saya tak sabar nak teruskan perjalanan ini.”

Kelab itu sebelum ini turut dimiliki oleh beberapa bekas pemain ‘Class of ’92’ United termasuk Ryan Giggs, Paul Scholes dan Nicky Butt.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE