fb fb fb fb fb

Bayern Munich tamatkan kerjasama dengan Qatar Airways

Foto Hiasan

FRANKFURT, 28 Jun- Bayern Munich tidak akan memperbaharui perjanjian penajaan mereka bersama syarikat penerbangan Qatar iaitu Qatar Airways.

Ia susulan wujud kontroversi membimbangkan yang berkait dengan hak asasi manusia di negara Teluk itu.

Dalam satu kenyataan, kedua-dua pihak berkata kontrak itu akan berakhir dengan persetujuan bersama pada 30 Jun selepas perkongsian selama lima tahun.

"Hubungan yang Bayern FC jalinkan dengan peminatnya di dunia Arab melalui Qatar Airways akan kekal," kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern yang baharu, Jan-Christian Dreesen berkata pasukan itu dan Qatar Airways telah bekerjasama dengan baik selain belajar daripada satu sama lain.


(Ketua Pegawai Eksekutif Bayern yang baharu, Jan-Christian Dreesen/Foto Twitter)

Akbar Al Baker, ketua eksekutif Qatar Airways, mendoakan kelab bola sepak Jerman itu akan terus maju jaya dalan arena bola sepak dunia.

"FC Bayern adalah kelab bola sepak yang hebat yang permainannya telah kami ikuti dengan kegembiraan dan semangat," tambahnya.

Kelab terbesar Jerman itu telah lama menghadapi kritikan kerana hubungannya dengan Doha dan syarikat penerbangan milik kerajaan itu berhubung dakwaan isu hak asasi manusia, terutamanya sekitar Piala Dunia 2022 di Qatar.

Pada perhimpunan agung kelab 2021 itu, ahli-ahli mengganggu mesyuarat dengan ejekan dan laungan menyeru agar hubungan dengan negara Teluk itu diputuskan.

Semasa Piala Dunia tahun lalu, pasukan kebangsaan Jerman itu berundur pada janji untuk memakai lilitan lengan "One Love" sebagai menyokong hak asasi manusia dan kepelbagaian, menyalahkan keputusan itu atas ancaman sekatan di padang daripada FIFA.

Dalam gambar pra-perlawanan pertama kejohanan itu, pasukan Jerman bergambar dengan tangan menutup mulut, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah didiamkan oleh badan induk sukan itu.

Jerman tersingkir pada peringkat kumpulan untuk Piala Dunia kedua berturut-turut tetapi menafikan pasukan itu terganggu dengan acara luar padang.- AFP

Media Baharu