fb fb fb fb fb

Barcelona berdepan Arsenal dalam aksi akhir Liga Juara-Juara Wanita UEFA

Praca do Comércio di Lisbon/ REUTERS

LISBON, 23 Mei- Juara bertahan Liga Juara-Juara Wanita UEFA, Barcelona, bakal mempertahankan kejuaraannya menentang Arsenal dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada Sabtu (24 Mei) di ibu negara Portugal, Lisbon.

Ia merupakan penampilan kali keenam Barcelona dalam tempoh tujuh tahun dan kali kelima berturut-turut dalam kejohanan itu.

Kelab gergasi Sepanyol itu memenangi gelaran sulung mereka pada 2021 selepas membenam Chelsea 4-0, sebelum menundukkan Wolfsburg pada 2023 dan Lyon pada 2024.

Sekiranya Barcelona berjaya muncul juara Sabtu ini, mereka akan menjadi kelab kedua dalam sejarah selepas Lyon yang memenangi kejuaraan Eropah selama tiga musim berturut-turut.

Sementara itu, Arsenal mara ke aksi akhir buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun sejak kejayaan mereka menjuarai Piala Wanita UEFA 2006/07.

Kelab dari London itu melakar kebangkitan menakjubkan selepas tewas 1-2 di laman sendiri kepada Olympique Lyonnais, sebelum bangkit dengan kemenangan 4-1 di Perancis, sekali gus melangkah ke final dengan agregat 5-3.

Barcelona pula memastikan kemaraan pada aksi akhir selepas membenam Chelsea, 4-1 dalam aksi separuh akhir kedua di London, menjadikan agregat keseluruhan 8-2 yang memihak kepada kumpulan itu. -REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI