fb fb fb fb fb

Raphinha perbaharui kontrak bersama Barcelona hingga 2028

Raphinha/ REUTERS

BARCELONA, 23 Mei- Penyerang Brazil, Raphinha, mengesahkan pembaharuan kontrak bersama juara Sepanyol, Barcelona, yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2028.

Menerusi pengumuman rasmi kelab itu, kontrak baharu tersebut menambah satu tahun lagi kepada perjanjian lima tahun yang dimeterai ketika beliau menyertai Barcelona pada 2022.

Raphinha menikmati musim cemerlang bawah bimbingan jurulatih Hansi Flick, dan telah berkembang menjadi salah seorang pemain paling penting dalam skuad Barcelona selepas mencatatkan 34 gol serta 25 bantuan gol dalam 56 perlawanan.

Pemain berusia 28 tahun itu turut membantu Barcelona memenangi kejuaraan LaLiga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol musim ini.-REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI