MOTEGI, 5 Oktober - Kesilapan yang dilakukan Pedro Acosta memberi peluang kepada Francesco Bagnaia untuk menjuarai perlumbaan MotoGP Jepun, sekali gus merapatkan jurang mata dengan pendahulu keseluruhan, Jorge Martin.
Acosta, mengalami kemalangan ketika sedang mendahului perlumbaan yang berbaki empat lagi pusingan, sehingga membolehkan penyandang juara dunia, Bagnaia memintas dan mendahului di hadapan Enea Bastianini dan Marc Marquez.
Bagnaia, penunggang Ducati, menamatkan perlumbaan dalam masa 21 minit 1.074 saat.
Pelumba Sepanyol, Martin pula sekadar menduduki tangga keempat, menyaksikan jurang mata dengan pencabar terdekatnya, Bagnaia kini berkurangan kepada 15 mata.
Martin yang mewakili Pramac sedang memburu kejuaraan MotoGP yang pertama, selepas menduduki tempat kedua di belakang Bagnaia, tahun lepas. -AFP-