(Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia)
KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Hasrat jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menebus kekecewaan tewas di pentas akhir Terbuka Denmark 2022 lalu tidak kesampaian.
Pemain yang baharu naik di ranking kedua dunia itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama di Terbuka Perancis hari ini.
Zii Jia tewas kepada wakil Indonesia, Shesar Rhustavito dalam aksi straight set 19-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit.
Ini menjadi kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia terhadap lawan di ranking ke-24 dunia itu selepas tunduk pada kejohanan Terbuka Malaysia pada Jun lalu.
(Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik)
Rekod lapan pertembungan kedua-dua pemain seimbang, dengan Zii Jia dan Shesar masing-masing memenangi empat perlawanan.
Turut tersingkir awal, beregu lelaki utama negara yang juga juara dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik.
Pasangan itu tumpas straight set 13-21, 14-21 kepada pasangan bukan pilihan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.