fb fb fb fb fb

Badminton Malaysia Masters, Aidil Sholeh tekad balas dendam ke atas Tien Chen

Pemain badminton perseorangan profesional negara, Aidil Sholeh (kiri) dan pemain Taiwan, Chou Tien Chen (kanan) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Pemain badminton perseorangan profesional negara Aidil Sholeh Ali Sadikin, bertekad membalas kekalahan kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen, apabila bertemu pada pusingan kelayakan Malaysia Masters yang akan bermula Selasa ini di Axiata Arena.

Beliau yang akan beraksi sebagai pemain tuan rumah sedikit sebanyak akan memberi keyakinan buatnya untuk menumpaskan Tien Chen sekali gus melayakkan diri ke pusingan pertama kejohanan berprestij tersebut.

Pada Terbuka Taiwan awal Mei lalu, Aidil Sholeh tewas 14-21, 16-21 kepada Tien Chen di pusingan kedua.

Atlet kelahiran Selangor itu mengakui kekalahan tersebut berpunca daripada beberapa kesilapan kecil yang dilakukannya sendiri, dan berjanji akan membetulkan kelemahan itu di Malaysia Masters. - BERNAMA

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE