fb fb fb fb fb

Badminton Dunia 2025: Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan ketiga

Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun (kiri) dan Man Wei Chong (kanan) mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris dalam tempoh 65 minit.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan perjuangan ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis selepas menumpaskan pasangan tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior Popov.

Pada pertemuan yang berlangsung di Adidas Arena, gandingan Wei Chong-Kai Wun berjaya mampamerkan aksi meyakinkan untuk menguasai set pertama dengan kemenangan 21-15.

Bagaimanapun pasangan adik beradik Popov tampil dengan aksi lebih agresif di set kedua.

Percaturan taktikal yang lebih baik dipamerkan mereka memberi tekanan kepada gandingan negara apabila tumpas 13-21.

Aksi set penentuan pula menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua beregu apabila saling mengejar mata sebelum Wei Chong-Kai Wun menutup perlawanan dengan keputusan 21-19 dalam tempoh keseluruhan 65 minit.

Mereka dijadual bertemu gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy di pusingan ketiga.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD