fb fb fb fb fb

Badminton: BAM puji prestasi Siti Nurshuhaini di BATC 2022


SHAH ALAM, 20 Februari-
Prestasi memberangsangkan pemain perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 perlu diambil perhatian.

Pengarah Kejurulatihan (perseorangan) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, pemain berusia 18 tahun itu berpotensi untuk maju dan melangkah lebih jauh.

"Permainan yang dipamerkan Siti boleh digilap dan beberapa kelemahan juga boleh dibaiki.Dia mempunyai asas permainan yang baik namun perlu memperbanyakkan jenis dan corak permainan mendapatkan mata," katanya.

Tambah Choong Han, meski akur dengan kekuatan pasukan lawan yang lebih matang, prestasi yang ditunjukkan keseluruhan pasukan wajar dibanggakan.

Terdahulu, skuad wanita negara terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas 0-3 di tangan Korea Selatan semalam.

Bagaimanapun, Malaysia yang muncul juara Kumpulan Y layak secara merit ke pusingan akhir Piala Uber 2022 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Korea Selatan dijadualkan bertemu Indonesia pada aksi Final selepas memperoleh kemenangan percuma akibat penarikan diri pasukan Jepun.

Media Baharu