fb fb fb fb fb

Azimat bertemu Vietnam, Harimau Muda buru emas

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Menjelang separuh akhir bola sepak Sukan SEA Hanoi, Malaysia menentang Vietnam.

Harapan dan kata-kata semangat mengiringi skuad bawah 23 tahun kebangsaan dalam misi melangkah ke final malam ini.

Antara yang tidak ketinggalan memberi kata-kata perangsang, Penolong Jurulatih Skuad Senior Kebangsaan, Pau Marti dan E.Evalarasan.

Pau berharap anak buah Brad Maloney turun berbekalkan motivasi tinggi dan kental bersemuka pasukan tuan rumah di hadapan puluhan ribu penyokong mereka.

"Percaya kepada rakan sepasukan anda, barisan pengurusan, jurulatih dan bersama anda mampu membawa kejayaan kembali ke Malaysia. Semoga berjaya," katanya.


(Jurulatih Skuad Senior Kebangsaan, Pau Marti)

E. Evalarasan juga berharap skuad Harimau Muda mengekalkan momentum semangat sebagai satu pasukan hingga ke akhir perlawanan.

"Bukan senang masuk 'semi final' dan saya percaya anda akan berjuang hingga minit terakhir, dan saya juga percaya sebagai satu pasukan, kebersamaan anda akan buat pasukan berjaya mendapatkan kemenangan," ujarnya.


(Jurulatih Skuad Senior Kebangsaan, E.Evalarasan)

Skuad negara berpeluang menebus maruah tersingkir awal pada peringkat kumpulan ketika di Filipina pada 2019.

Skuad negara gagal mara ke separuh akhir dengan hanya mempu menghuni tangga keempat dalam kumpulan.

Media Baharu