fb fb fb fb fb

Ayuh 'ekor' Harimau Malaya, penuhkan SNBJ Selasa ini

Misi memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi Harimau Malaya menentang Naga Merah - FAM

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Menjelang aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun ini, jualan tiket setakat ini sangat membrangsangkan.

Berdasarkan maklumat di laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tiket grandstan dan premium telah habis terjual.

Setakat ini, secara keseluruhan lebih 30,000 tiket telah terjual dan jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang hari perlawanan Selasa ini.

 0806 SKN TIKET MAS VS VET LARIS 3
Lebih 30,000 tiket sudah terjual - FAM

FAM turut memaklumkan, tiket tempat duduk terbuka yang berharga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak masih boleh dibeli secara dalam talian.

Kehadiran dan sokongan 'ekor' Harimau Malaya memang sangat diperlukan pemain dalam misi memburu kemenangan ke atas skuad Naga Emas itu.

Antara yang mendambakan sokongan padu daripada penyokong tuan rumah adalah pemain warisan negara, Hector Hevel yang yakin ia akan menaikkan semangat skuad Harimau Malaya.

 0806 SKN TIKET MAS VS VET LARIS
Hector Hevel seru penyokong penuhi stadium

"Sudah tentu saya teruja (bermain di SNBJ). Kami bermain di laman sendiri di mana kami mengharapkan sokongan daripada penyokong.

"Kami pasti gembira dengan kehadiran yang akan menyuntik semangat buat kami kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku dalam perlawanan itu nanti.

"Mungkin permainan sengit dan kami perlukan gol yang penting di minit-minit terakhir.Jadi kehadiran penyokong sangat diperlukan untuk mencari jaringan dan kemenangan dalam perlawanan itu nanti," katanya.

Pasukan Harimau Malaya dijadualkan bertemu skuad Naga Merah pada 9 malam Selasa ini di SNBJ.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK