fb fb fb fb fb

Austria tambah koleksi pingat

FOTO AFP

 ZHANGJIAKOU 15 Februari- Austria mempamerkan aksi cemerlang apabila menambah satu lagi pingat emas menerusi acara berpasukan ski jumping.

Dalam acara tumpuan tersebut, atlet Austria, Manuel Fettner menjadi penyumbang mata tertinggi buat pasukannya menerusi lompatan sejauh 128 meter.

Pasukan tersebut meraih pingat emas selepas mengumpul 942.7 mata keseluruhan.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik Slovenia dengan 934.4 mata manakala Jerman sekadar berpuas hati di tempat ketiga selepas mengumpul 922.9 mata.- AFP

Media Baharu