fb fb fb fb fb

Australia tarik diri bida anjur Piala Asia 2023

(Foto fail AFP)

SYDNEY, 2 September- Australia tidak akan meneruskan dengan tawaran rasmi untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Piala Asia (AFC) 2023.

Sebaliknya, "sangat berminat" menganjurkan kejohanan wanita pada 2026.

"Persatuan Bola Sepak Australia hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan, mengemukakan bidaan rasmi menganjurkan Piala Asia AFC 2023.

"Tetapi mengekalkan minat yang tinggi untuk membida Piala Asia Wanita AFC 2026 dan merancang mengemukakan bidaan rasmi akhir tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

China sepatutnya menganjurkan kejohanan 24 pasukan itu pada Jun dan Julai 2023, tetapi melepaskan hak penganjuran pada Mei lalu kerana melaksanakan dasar sifar Covid.

Australia merupakan antara empat pesaing baharu yang diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia pada Julai lepas bersama-sama Korea Selatan, Qatar dan Indonesia.

Keputusan bidaan akan diumumkan pada 17 Oktober.-AFP

(China sepatutnya menganjurkan kejohanan 24 pasukan itu pada Jun dan Julai 2023,
tetapi melepaskan hak penganjuran pada Mei lalu kerana melaksanakan dasar sifar Covid)

Media Baharu