fb fb fb fb fb

Athletic Bilbao lebur impian Real Madrid

FOTO AFP

MADRID, 4 Februari- Athletic Bilbao berjaya menempah slot ke separuh akhir kejohanan selepas menewaskan Real Madrid pada aksi suku akhir hari ini.

Dalam perlawanan tersebut Athletic Bilbao menang dengan keputusan 1-0.

Pada aksi tersebut Alex Berenguer muncul wira buat Athletic Bilbao apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-89 membantu kelab tersebut mengesahkan kemenangan.

Kejayaan itu juga membolehkan Athletic Bilbao berada di landasan terbaik untuk memburu gelaran ke 24 kejohanan.

Sementara, kekalahan yang dicatatkan oleh Real Madrid itu dianggap satu keputusan yang memilukan pada musim ini.

"Kami kecewa kerana kami mahu memenangi semua kejohanan. Kami tersingkir dan kami mempunyai dua kejohanan lain.

"Kami percaya kekalahan ini tidak akan memberi kesan. Malah ia menjadikan kami lebih kuat," kata pengendali Madrid Carlo Ancelotti.

Kali terakhir Real Madrid meraih kejuaraan Copa del Rey ialah pada 2013 selepas menewaskan Barcelona di saingan akhir dengan keputusan 2-1. -AFP

Media Baharu