(Cheah Liek Hou (dua kiri) dan Hannah Yeoh (dua kanan) pada Anugerah Sukan Negara 2022
di Subang, Selangor)
SUBANG, 17 Julai- Atlet para badminton, Cheah Liek Hou, 35, dinobatkan selaku Olahragawan Paralimpik Kebangsaan bagi Anugerah Sukan Negara (ASN) 2022.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Sementara itu, gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan menjadi milik perenang para wanita negara, Carmen Lim, 23.
Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan pula menjadi milik skuad hoki kebangsaan, manakala pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah diumum sebagai pemenang Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan 2022.
ASN 2022 berlangsung di Hotel Dorsett Grand, di sini, sebentar tadi.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis itu.
Selain Hannah Yeoh, hadir sama dalam majlis berprestij yang menghimpunkan penggiat sukan negara itu ialah timbalannya, Adam Adli Abd Halim.
(Carmen Lim (dua kiri) dan Hannah Yeoh (dua kanan) pada Anugerah Sukan Negara 2022
di Subang, Selangor)