fb fb fb fb fb

ASN 2022: Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipilih Olahragawan Kebangsaan, Ng Joe Ee Olahragawati Kebangsaan

(Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerusi video kerana tidak dapat hadir pada ASN 2022 bagi mewakili
negara dalam dua perlawanan badminton di Korea Selatan)

SUBANG, 17 Julai- Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gimnas muda, Ng Joe Ee diumum sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan bagi Anugerah Sukan Negara (ASN) 2022 yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand, di sini, sebentar tadi.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Aaron yang berusia 28 tahun dan Wooi Yik, 25, mengulangi pencapaian gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila dinobatkan gelaran sama pada 2007.

Gandingan ranking ketiga dunia itu menjuarai Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-27 di Tokyo pada Ogos tahun lalu.

Pencapaian tersebut menamatkan penantian negara selama 45 tahun untuk bergelar juara dunia.

Sementara itu, kejayaan membawa pulang dua pingat emas gimrama Sukan Komanwel 2022 membolehkan Joe Ee, 18, mengulangi pencapaian Amy Kwan yang dinobatkan gelaran Olahragawati pada 2018.

Selaku olahragawan dan olahragawati, mereka membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, sijil dan wang tunai bernilai RM20,000.

Ng Joe Ee (dua kiri) dan YDP Agong (dua kanan) pada Anugerah Sukan Negara 2022
di Subang, Selangor)

Media Baharu