fb fb fb fb fb

Aruwin pamer aksi cemerlang, nasib tidak menyebelahi



BEIJING, 9 Februari- Peluncur ais Negara, Aruwin Salehhuddin meraih keputusan membanggakan dalam penampilan sulung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 apabila menamatkan saingan giant slalom dengan cemerlang untuk menduduki tangga ke-38 keseluruhan di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing hari ini.

Nasib tidak menyebelahi Aruwin pada cubaan kedua apabila atlet berkenaan terjatuh ketika melalui semua pagar dengan catatan masa 1 minit 6.15 saat.

Aruwin pada awalnya melepasi pusingan awal (Run 1) pada sebelah pagi dan terus memberi persembahan sempurna pada pusingan penentuan pingat (Run 2) tanpa kesilapan sebelum terjatuh ketika hampir di garisan penamat.

Jumlah masa keseluruhan yang dicatat atlet berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu ialah 2:12.28s iaitu 16.59s di belakang pemenang pingat emas, Sara Hector dari Sweden (1:55.69s).

Peluncur Jerman Duer Lena mendahului Run 1, dengan catatan 52.17 saat, diikuti atlet Switzerland Gisin Michelle dan Hektor Sara yang layak ke Run 2 serta pusingan akhir sebagai pencabar utama.

Atlet berusia 17 tahun yang mencipta rekod sebagai wanita rakyat Malaysia pertama bertanding pada Sukan Olimpik Musim Sejuk, mencatatkan 1 minit 06.13 saat pada Run 1, acara giant slalom di kedudukan ke-46, daripada 82 peserta yang mengambil bahagian.

Pencapaian yang ditunjukkan remaja yang Aruwin amat memberangsangkan kerana beliau beraksi lebih konsisten dibandingkan beberapa atlet lain, sama ada yang mencatat masa lebih perlahan atau gagal menamatkan perlumbaan.

Hanya 60 peserta beraksi di Run 2 dengan 10 daripada mereka gagal menamatkan saingan dengan sempurna.

Sementara itu, wakil Amerika Syarikat, Nina O’Brien dibatalkan penyertaan walaupun mencatat masa keenam terpantas pada Run 1.

Aruwin yang dibimbing jurulatih dari Croatia, Mladen Bezjak dijadual turun sekali lagi dalam saingan slalom wanita.

Cabaran negara pada Temasya Beijing turut diteruskan oleh seorang lagi peluncur Alpine, Jeffrey Webb dalam acara slalom lelaki, pada 16 Februari ini.

Media Baharu