BIRMINGHAM, 18 Mac- Perlawanan akhir Kejohanan Badminton All England 2024.
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal untuk menamatkan kemarau 17 tahun negara meraih gelaran juara kejohanan itu bagi edisi ini selepas tumpas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.
Saingan sengit yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham menyaksikan pasangan negara berjaya ditundukkan pasangan lawan dengan mata 21-16 dan 21-16.
Pada perlawanan 'straight set' itu pasangan juara dunia 2022 itu dilihat mempamerkan aksi yang agak agresif dan mampu memberikan saingan hebat kepada pasangan lawan.
Bagaimanapun, pasangan Indonesia membuktikan dengan ketangkasan, mereka mampu meraih gelaran juara pada kejohanan berprestij yang berusia 125 tahun itu.
Pasangan Indonesia berjaya membawa pulang hadiah sekitar RM452,000 (AS$96,200).