fb fb fb fb fb

Nidzam azam bantu Selangor FC cemerlang musim ini

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil / Foto FB Selangor FC

SHAH ALAM, 18 Mac - Ketua Jurulatih baharu Selangor FC, Nidzam Jamil komited membantu pasukan juara Liga Malaysia 33 kali itu terus cemerlang, musim ini.

Beliau optimis tidak akan menghampakan kepercayaan yang diberi pihak pengurusan kepadanya.

"Untuk di Selangor saya tidak fikir berapa lama di sini 2 atau 3 tahun.

"Saya tidak pernah berfikir begitu. Apa yang saya fikir sekarang adalah apa yang saya boleh bagi kepada Selangor. Sebab 24 jam dalam kepala saya, saya fikirkan tentang para pemain, sentiasa fikirkan tentang kelab, jadi saya rasa itu yang saya nak tawarkan kepada Selangor", katanya ketika ditemui di sini.

Pengendali berusia 43 tahun itu, sebelum ini pernah menjadi penolong ketua jurulatih Selangor bagi membantu Michael Feichtenbeiner pada musim 2022.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengendali sementara pada tahun sama dan kembali menjadi penolong ketua jurulatih pada musim berikutnya, selepas kehadiran Tan Cheng Hoe.

Antara pencapaian bekas pengendali Felda United FC itu sebagai pemain bersama Selangor adalah menjulang Piala FA 2001 dan Piala Sumbangsih serta Piala Malaysia 2002.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD