fb fb fb fb fb

Ali Rustam dinobat penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM 2023

Foto FB Tun Dr. Mohd Ali Rustam

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan dalam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023, Khamis ini.

Naib Presiden SAM, Mohd Hazreen Mubarak berkata pemilihan Tun Dr Mohd Ali yang pernah menerajui Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Persatuan Silat Malaysia (PESAKA) itu sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam sukan seni mempertahankan diri.

Menurutnya, skuad karate negara pernah meraih pencapaian terbaik satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Dunia Persekutuan Karate Dunia,WKF 2014 di Jerman, semasa MAKAF diterajui Tun Dr Mohd Ali.

Kepimpinan Mohd Ali tidak terhad di peringkat kebangsaan, malah turut mendapat pengiktirafan peringkat dunia apabila beliau diangkat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF.

Anugerah SAM pada Khamis ini juga akan menobatkan pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan yang akan menerima Anugerah Siebel.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM